Pages

Saturday, May 21, 2011

DOKUMENTASI PROGRAM MALAM TAUTAN BUDI SMK SUNGAI KOB










SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI KOB 09700 KARANGAN, KEDAH.
DOKUMENTASI PROGRAM MALAM TAUTAN BUDI SMK SUNGAI KOB.
TARIKH : 1 – 2 April 2011
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : SMK SUNGAI KOB.

PENGENALAN:
Program Malam Tautan Budi telah diadakan pada 1 dan 2 April 2011, iaitu Konsert Kesenian Islam, ceramah agama oleh Dato’ Ustazah Siti Nurbahyah bte Mahmood serta gerai jualan.Projek ini diadakan dengan tujuan meningkatkan prestasi dan sahsiah pelajar di samping mencari dana bagi menampung kos dalam merancang dan melaksanakan pelbagai program pelajar-pelajar Program Persediaan Universiti(PPU) dan Asrama SMK Sungai Kob.

PELAKSANAAN:
Pada malam 1 April 2011, telah berlangsung Konsert Kesenian Islam, yang melibatkan Amy Searh, Syed Annuar (Kumpulan Samudera),Ustaz Radzi (Kumpulan Melisa) serta kumpulan nasyid jemputan.Konsert telah bermula tepat jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam.Kedatangan penyanyi Amy Searh telah diiringi oleh pasukan motorsikal berkuasa tinggi turut menambahkan kemeriahan suasanan pada malam itu.Gerai jualan turut berlangsung sepanjang malam tersebut.
Manakala pada 2 April 2011, Ceramah Perdana oleh Dato’ Ustazah Norbahyah bte Mahmood yang bertajuk Calon-calon Penghuni Syurga telah berlangsung dalam suasana tenang dan penuh pengisian.Ribuan penduduk sekitar tidak melepas peluang untuk mendengar ceramah daripada pendakwah terkenal ini secara langsung.Ceramah telah berakhir padan jam 11.00 dan sesi mendekati penceramah serta mendapat buku-buku terbarunya berlangsung selepas itu.

PENUTUP:
Semoga Program Malam Tautan Budi ini mampu meningkatkan ilmu agama dalam kalangan pelajar dan masyarakat. Pelajar PPU dan pelajar asrama telah didedahkan dengan pelbagai pengalaman menguruskan program ini yang memerlukan pengorbanan masa dan tenaga.Kepada semua AJK Induk, pelajar PPU, pelajar asrama serta mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung jutaan terima kasih diucapkan di atas komitmen yang diberikan.Semoga apa yang telah diusahakan mendapat keredhaan Allah

Monday, May 2, 2011


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI KOB

LAPORAN

SUKANTARA

TAHUN 2011

TARIKH : 23 APRIL 2011

MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT : PADANG SMK SUNGAI KOB

LAPORAN DISEDIAKAN OLEH:

PN.NURSHEIDA BT OTHMAN

LAPORAN SUKANTARA 2011

Sukantara 2011 diadakan pada hari Sabtu bersamaan 23 April 2011 bertempat di Padang Sek Men Keb Sg Kob. Pada pukul 7.20 pagi pelajar berkumpul di padang mengikut kelas. Selepas pelajar berkumpul, pada pukul 7.30 pagi guru tingkatan mengambil kehadiran pelajar. Setelah guru tingkatan selesai mengambil kedatangan pelajar, pada pukul 8.00 pagi taklimat dan informasi sukantara disampaikan oleh Setiausaha Sukan. Selepas taklimat diberi pelajar berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing dan acara dijalankan. Terdapat 4 kategori dipertandingkan iaitu L1,L2,P1 dan P2.Acara yang dipertandingkan ialah :-

MASA

ACARA

RUMAH

8.00 Pagi

Lompat Jauh

Pahlawan/Pendekar

Lontar Peluru

Panglima/Laksamana

200 Meter

Satria

9.30 Pagi

Lompat Jauh

Panglima/Laksamana

Lontar Peluru

Satria

200 Meter

Pahlawan/Pendekar

11.00 Pagi

Lompat Jauh

Satria

Lontar Peluru

Pahlawan/Pendekar

200 Meter

Panglima/Laksamana

Setelah acara selesai, kutipan markah setiap rumah sukan diumumkan. Keputusannya ialah :-

RUMAH SUKAN

KUTIPAN MARKAH

PENDEKAR

277

PANGLIMA

268

SATRIA

248

PAHLAWAN

247

LAKSAMANA

233

Tepat 12.00 tengah hari, pelajar bersurai setelah keputusan di umumkan.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

.................................................. ........................................................

(PN.NURSHEIDA BT OTHMAN) (EN.AHMAD BAHARUDIN B.MAN)















Saturday, February 19, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-26

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-26
TAHUN 2011

HARI:AHAD
TARIKH: 23 JANUARI 2011
MASA: 2.30 PETANG
TEMPAT: DEWAN IBNU SINA

Dirasmikan oleh:
EN. KU RASHIDI BIN HAJI KU MAT ISA
(Lembaga Penasihat Majlis Belia Negeri Kedah)

ANTARA YANG BERLAKU

















PEMILIHAN AJK PIBG YANG BARU

CABUTAN BERTUAH TV SHARP

PIMPINAN YANG BARU

UNDIAN PENENTU SIAPA YANG LAYAK

BERTUKAR CENDERAHATI

PELAJAR CEMERLANG PMR 2010

PELAJAR CEMERLANG PMR 2010

PARA WARIS YANG HADIR

BERSAMA MANTAN PENGERUSI PIBG

KETIBAAN TETAMU KEHORMAT

MENUNGGU TETAMU KEHORMAT

HADIAH CABUTAN BERTUAH

DISEDIAKAN OLEH