SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI KOB
LAPORAN
SUKANTARA
TAHUN 2011
TARIKH : 23 APRIL 2011
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : PADANG SMK SUNGAI KOB
LAPORAN DISEDIAKAN OLEH:
PN.NURSHEIDA BT OTHMAN
LAPORAN SUKANTARA 2011
Sukantara 2011 diadakan pada hari Sabtu bersamaan 23 April 2011 bertempat di Padang Sek Men Keb Sg Kob. Pada pukul 7.20 pagi pelajar berkumpul di padang mengikut kelas. Selepas pelajar berkumpul, pada pukul 7.30 pagi guru tingkatan mengambil kehadiran pelajar. Setelah guru tingkatan selesai mengambil kedatangan pelajar, pada pukul 8.00 pagi taklimat dan informasi sukantara disampaikan oleh Setiausaha Sukan. Selepas taklimat diberi pelajar berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing dan acara dijalankan. Terdapat 4 kategori dipertandingkan iaitu L1,L2,P1 dan P2.Acara yang dipertandingkan ialah :-
MASA | ACARA | RUMAH |
8.00 Pagi | Lompat Jauh | Pahlawan/Pendekar |
Lontar Peluru | Panglima/Laksamana | |
200 Meter | Satria | |
9.30 Pagi | Lompat Jauh | Panglima/Laksamana |
Lontar Peluru | Satria | |
200 Meter | Pahlawan/Pendekar | |
11.00 Pagi | Lompat Jauh | Satria |
Lontar Peluru | Pahlawan/Pendekar | |
200 Meter | Panglima/Laksamana |
Setelah acara selesai, kutipan markah setiap rumah sukan diumumkan. Keputusannya ialah :-
RUMAH SUKAN | KUTIPAN MARKAH |
PENDEKAR | 277 |
PANGLIMA | 268 |
SATRIA | 248 |
PAHLAWAN | 247 |
LAKSAMANA | 233 |
Tepat 12.00 tengah hari, pelajar bersurai setelah keputusan di umumkan.
Disediakan oleh : Disemak oleh :
.................................................. ........................................................
(PN.NURSHEIDA BT OTHMAN) (EN.AHMAD BAHARUDIN B.MAN)
No comments:
Post a Comment